KJ Cadang Zafrul Jadi MB Selangor, Amirudin Ke Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang pilihan raya negeri (PRN) melibatkan enam negeri, muncul bacaan juga percaturan politik dan terkini Khairy Jamaluddin Abu Bakar memetik nama Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diangkat sebagai Menteri Besar yang baharu jika pakatan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang di Selangor.

Bekas Menteri Kesihatan itu malah mengemukakan saran agar pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan membuat pertukaran terus antara kedudukan Tengku Zafrul dan Datuk Seri Amirudin Shari.

“Saya rasa Zafrul patut tanding PRN dan jika BN-PH menang walaupun BN hanya menang satu kerusi sahaja iaitu kerusi yang ditandingi Zafrul, saya rasa dia patut jadi Menteri Besar Selangor.

“Jika BN-PH menang Zafrul patut jadi Menteri Besar Selangor dan saya rasa Amirudin patut jadi Menteri Kabinet (straight swap). Lagipun Amirudin adalah Ahli Parlimen Gombak merangkap Naib Presiden PKR,” cadang Khairy dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Pun begitu, rakan hos beliau Shahril Hamdan pula merangka strategi politik lain buat Zafrul.

Kata bekas Ketua Penerangan Umno itu, dalam politik Umno ini ada sentimen.

“… kalau kita naik terlalu laju, mungkin ada baiknya andai kata Zafrul berkhidmat dalam sistem Kabinet sehingga terpaksa berhenti sebab dah habis penggal senator dan buat kerja politik sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu mungkin mendatangkan lebih hormat dan penghargaan daripada kalangan orang Umno.

“Tapi kalau Zafrul tetap nak tanding PRN, dia perlu pilih kerusi selamat di Selangor,” ujar Shahril.

Tambah beliau, jika saran Khairy itu diterima dan Zafrul menang di Selangor namun persoalannya adakah PH di Selangor boleh menerima peralihan Menteri Besar seperti dicadangkan?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat