KJ Ramal 50 Peratus Pengundi Umno Akan Bagi Undi Kepada PN Kerana DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyokong Umno diramal akan memberi undi kepada Perikatan Nasional (PN) hanya kerana seruan Datuk Seri Ahmad Maslan yang sebelum ini menyebut pengundi Umno boleh memilih calon DAP khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang tidak ditandingi calon Umno atau Barisan Nasional (BN).

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar malah memperbetul kenyataan Ahmad yang sepatutnya menyeru “pengundi Umno sokong calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan politik negara”.

“….maka pengundi pun fahamlah tak perlu kita kata sokong DAP.

“Sebab itu satu kenyataan yang menyakitkan hati orang Melayu, orang Umno,” ujar beliau dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Susulan daripada kenyataan Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, Khairy menjangkakan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pengundi Melayu yang selama ini menyokong Umno akan beri undi mereka kepada PN dan angka itu akan meningkat.

“Saya sebenarnya faham konteks kenyataan Ahmad, maksud dia situasi kini Pakatan Harapan (PN)- BN kini lawan PN yakni satu lawan satu.

“Dalam konteks tersebut Ahmad kata Umno kena sokong DAP dengan harapan DAP akan sokong Umno supaya satu lawan satu undi.

“Adakah pengundi, penyokong Umno akan memberi sokongan kepada calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan ataupun kerana kehadiran DAP sebagai rakan strategik dalam konfigurasi baru ini adakah mereka akan beri undi kepada PN? soal beliau.

Mengulas lanjut isu PRN, Khairy berkata, PH dinilai sebagai lebih berguna kepada BN berbanding BN berguna kepada PH.

“Maksudnya pengundi PH yang tidak akan sokong calon BN jumlahnya lebih kecil daripada pengundi Umno yang tidak akan sokong calon daripada PH.

“Kenapa? sebab PH tak akan buang undi kepada PN, kebanyakan penyokong mereka (PH) sudah tentu bukan Melayu dia tidak akan bagi (undi) kepada PAS, Bersatu. Mereka akan campak kepada Umno atau dia tak akan keluar mengundi,” jangka beliau.

Jelas Khairy lagi, penyokong Umno ada kemungkinan akan bagi undi kepada PN dan tak bagi kepada PH.

“BN lebih tak berguna kepada PH berbanding PH kepada BN. Ini tak termasuk liabiliti (Datuk Seri Ahmad) Zahid

“Cuma BN tidak ada nilai tambah untuk kawasan-kawasan Melayu bagi PH, mungkin tak tambah tapi mungkin akan lebih kurang kerusi,” bidas beliau.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menambah, parti yang akan banyak kalah dalam PRN ini mungkin Umno.

“Kerusi-kerusi Umno itu akan tewas di utara Selangor misalnya, kerusi-kerusi Umno di kawasan-kawasan Melayu mungkin berisiko (penyokong Umno boleh bagi kepada PN) tetapi kerusi-kerusi PH yang sedia ada di Damansara tak akan kalah.

“Keputusannya mungkin kerusi-kerusi BN itu yang sedikit, kerusi PH kekal,” jangka Shahril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat