KPM nafi arah warga pendidik, murid tonton filem Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyangkal dakwaaan kononnya kementerian itu mengeluarkan arahan penganjuran menonton filem “Anwar: The Untold Story” bersama warga pendidik dan murid sekolah.

KPM dalam satu hantaran Facebooknya pada Isnin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.

“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” kata KPM.

Kandungan surat arahan palsu menyebut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan pejabat Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah meminta warga sekolah menonton tayangan “Anwar:The Untold Story” di pawagam berdekatan.

Tambah surat rasmi itu lagi, penganjuran program ini bertujuan membuka ruang bagi warga KPM dan murid memahami erti dan konsep Malaysia Madani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat