SELangkah nafi Dakwaan CITF Mengenai Pendaftaran AstraZeneca

- Advertisement -

CEO SELangkah Tengku Iesta Tengku Alaudin menafi tuduhan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) bahawa mereka punca sesi pendaftaran slot vaksinasi AstraZeneca Covid-19 menjadi kelam kabut.

“Kami juga tidak pernah dihubungi oleh pihak CITF berhubung perkara ini seperti didakwa.

“Pihak Selangkah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menegluarkan dakwaan palsu yang bertujuan mencemar reputasi kami,” katanya.

Semalam CITF mendakwa mereka telah menghubungi salah satu pihak yang telah membuat tempahan slot dalam jumlah yang ramai iaitu pihak SELangkah.

“Pihak SELangkah turut memaklumkan bahawa mereka telah membuat tempahan bagi slot AstraZeneca tanpa terlebih dahulu membuat semakan sama ada individu dalam pangkalan data ImuniSEL setuju untuk menerima vaksin AstraZeneca maka menggantikan janji temu yang telah diberi sebelum ini, sekiranya ada.” dakwa CITF.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat