SELangkah Selangor Punca Kekalutan Pendaftaran AstraZeneca

- Advertisement -

CYBERJAYA – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) mendedahkan tindakan SELangkah Selangor mendaftar slot vaksinasi AstraZeneca Covid-19 secara besar-besaran antara punca kekalutan pendaftarannya, penukaran janji temu vaksin asal dan timbul aduan pendaftaran tanpa persetujuan individu terbabit

Pada Rabu lalu, orang ramai membuat dakwaan sistem pendaftaran AstraZeneca terlalu perlahan dan sukar diakses. Manakala pada Khamis pula terdapat aduan dari mereka yang tidak mendaftar telah diberi slot suntikan AstraZeneca.

Selain itu terdapat aduan mereka yang mempunyai janji temu vaksinasi sebelum ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bukan AstraZeneca telah digantikan dengan janji temu vaksin AstraZeneca tanpa persetujuan mereka.

Hasil semakan dan siasatan CITFF mendapati bahawa beberapa slot vaksin AstraZeneca telah ditempah bagi pihak orang lain dalam jumlah yang ramai, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan individu terbabit khususnya untuk menerima vaksin AstraZeneca.

Sisatan pihak CITF mendapati tempahan dalam jumlah yang ramai ini telah dilakukan menerusi beberapa alamat IP yang sama.

“Pihak CITF telah menghubungi salah satu pihak yang telah membuat tempahan slot dalam jumlah yang ramai iaitu pihak SELangkah. Pihak SELangkah turut memaklumkan bahawa mereka telah membuat tempahan
bagi slot AstraZeneca tanpa terlebih dahulu membuat semakan sama ada individu dalam pangkalan data ImuniSEL setuju untuk menerima vaksin AstraZeneca maka menggantikan janji temu yang telah diberi sebelum ini, sekiranya ada.”-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat