PKP Sarawak Berkuat Kuasa Hari Ini

- Advertisement -

KUCHING : Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sarawak selama 14 hari berkuat kuasa hari ini, menetapkan antaranya pergerakan antara zon dan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu dan mempunyai permit polis atau surat daripada majikan.

Menurut SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), orang ramai juga tidak dibenarkan berada di kawasan awam bermula jam 10 malam hingga 5 pagi tanpa alasan munasabah.

Selain itu, individu berisiko tinggi tidak digalakkan keluar rumah manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

SOP itu turut menetapkan mereka yang melaksanakan tugas rasmi, perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, membeli makanan dan keperluan harian dibenarkan keluar manakala mereka yang keluar bagi tujuan janji temu mendapatkan vaksin COVID-19 juga dibenarkan.

Warga Sarawak boleh menyemak SOP berkenaan melalui portal rasmi MKN di www.mkn.gov.my

Khamis lalu, Timbalan Ketua Menteri. Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh Sarawak hingga 11 Jun.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa COVID-19 yang semakin meruncing dan juga situasi fasiliti kesihatan yang kritikal serta varian membimbangkan (VOC) yang telah dikesan di Sarawak baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat