Tidak Perlu Bayar Sewa Sehingga Hujung Tahun – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Peniaga Pasar Harian Selayang yang akan memulakan operasi di bangunan baharu Selasa ini, diberikan sewa percuma sehingga akhir tahun.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan di akaun Twitter rasminya berkata beliau ada menerima permohonan daripada peniaga pasar berkenaan untuk menurunkan kadar sewa di bangunan pasar yang baru.

“Mulai Selasa ini semua peniaga Pasar Harian Selayang boleh mula berniaga di bangunan pasar yang baru, yang lebih baik.

“Saya ada menerima permohonan turunkan sikit kadar sewa. Kita putuskan untuk beri percuma tak perlu bayar sewa sehingga akhir tahun.

“Semoga itu membantu.. Allah memberkati,” kataya.

Sebelum ini, Annuar dilaporkan media sebagai berkata, pemindahan peniaga Pasar Harian Selayang ke bangunan baharu berkonsepkan pasar moden bertingkat yang dijadualkan bermula 1 April lalu ditangguhkan kepada 1 Jun ini.

Penangguhan itu dibuat selepas pertemuan dengan peniaga yang meminta beberapa kerja ubah suai dilakukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,502FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat