Tidak Benar Menteri Ditahan Bersama Usahawan Tudung Terkenal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dakwaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali bersama usahawan tudung jenama Fareeda, Mawar Abd Karim, ketika ditahan polis dalam sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Terengganu pada 16 Mei lalu adalah tidak benar.

Sumber yang rapat dengan Menteri menyatakan perempuan di dalam kereta bersama Khairuddin merupakan isteri kedua beliau yang mempunyai iras usahawan tudung terkenal itu.

“Mungkin ada sedikit pertikaman mulut dalam siasatan di sekatan jalan raya tersebut menyebabkan ada usaha memfitnah Menteri berkenaan. Bagaimanapun saya boleh jelaskan memang isteri kedua beliau bernama Yatie itu mempunyai wajah iras Mawar.”

Sebelum ini tular di media sosial kononnya Khairuddin di tahan semasa SJR dan dikatakan bersama Mawar Abdul Karim.

Sementara itu Malaysiakini memetik Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar, sebagai berkata “polis membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.”

“Kita buka kertas inkuiri polis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan. Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat