Peniaga Tayar Tak Mengaku Salah Rempuh Penjaja dan Maki Anggota Polis

- Advertisement -

KUALA KUBU BHARU – Seorang peniaga tayar dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pagi ini atas dua kesalahan memandu kenderaan merempuh penjaja dan membawa kecederaan kepada awam di Pasar Malam pekan Bukit Sentosa dalam kejadian 22 Mei lalu.

Tertuduh Kang Ming Han, 32, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan berseluar jeans pendek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dengan tangan bergari ke mahkamah sekitar 9.40 pagi tadi dan dituduh jam 10.30 pagi.

Mengikut fakta kes pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis bernama Shahidan Abdul Khalil di Balai Polis Bukit Sentosa Hulu Selangor mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan boleh dihukum dibawah peruntukan Seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali.

Manakala mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap Norisham Abdul Rashid, 42, Mahadin Senan 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunakan kenderaan Toyota Hilux menyebabkan kecederaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di Tapak Pasar Ramadan di Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada jam lebih kurang 6.35 petang.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya kes, Ahmad Zuhaini Mohamad Amin mencadangkan Majistret membenarkan wang jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu yang melibatkan tiga mangsa semasa kejadian.

Bagaimanapun peguam tertuduh Muhammad Adhwa Azfar merayu mahkamah supaya satu wang jaminan serendah dan munasabah dikenakan oleh mahkamah.

“Yang Arif, hukuman wang jaminan hanya dikenakan bertujuan untuk memastikan tertuduh hadir ke perbicaraan mahkamah dan bukannya bertujuan menghukum seseorang tertuduh,

“Yang Arif, mahkamah mempunyai kuasa menetapkan jumlah jaminan, dalam kes ini jaminan perlulah munasabah memastikan tertuduh hadir ke mahkamah bukannya menghukum dia.

“Terdapat dua kes yang sama pernah dituduh di mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan Mahkamah Majistret di Melaka yang mana wang jaminan yang dibenarkan adalah RM8,000 dan RM3,000 sahaja.

“Malah selepas kejadian, OKT datang sendiri ke balai polis dan serah diri untuk membantu siasatan polis dan ini adalah kes jenayah pertama tertuduh, maka saya harap yang arif menggunakan kebijaksanaan dan mengenakan atu wang jaminan serendah RM3,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Bagaimanapun DPP sekali lagi bangun menjelaskan RM30,000 wang jamin yang dicadangkan adalah mengambil kira insiden rempuhan oleh tertuduh melibatkan orang ramai di pasar semasa Ramadan.

“Yang Arif, dalam insiden itu melibatkan tiga mangsa tercedera akibat rempuhan itu dan kes sudah viral di media sosial. Saya percaya mahkamah mempunyai budi bicara memberikan jaminan tinggi.Manakala satu lagi kesalahan tertuduh dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kertas siasatannya masih dalam siasatan,” tegasnya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Nurul Mardhiah membenarkan tertuduh diikat dengan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai 2020 sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat