‘Kembar’ Galaxy S23 mesra poket

- Advertisement -

Jika pengguna mahukan sebuah peranti yang mempunyai tanda harga lebih mesra poket namun keupayaan persis Samsung Galaxy S23, maka jawapan paling tepat adalah Galaxy A54.

Menerusi peranti berkenaan, ia didatangkan dengan keupayaan yang hampir sama dengan Galaxy S23 atau mungkin boleh diklasifikasikan sebagai A54 adalah ‘kembar tapi tak seiras’ dengan peranti kelas mercu berkenaan.

Bagaimanapun, daripada aspek prestasi, keupayaan serta pengalaman kepenggunaan, ia adalah sangat baik dengan tanda harga yang lebih mampu milik.

Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti ini menggunakan cip pemproses Exynos 1380 dengan binaan 5nm bersama-sama padanan memori variasi 6GB serta 8GB LPDDR4X.

Saiz skrin pula adalah 6.8 inci bersama paparan Super AMOLED dengan Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) selain kadar segar semula 120Hz.

Storan dalaman pula 128GB serta 256GB UFS 3.1 serta mampu untuk menyokong MikroSD sehingga 1TB tanpa sebarang masalah.

Ia sekali gus memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menyimpan lebih banyak data, gambar, video dan sebagainya tanpada masalah.

Paling utama adalah Samsung Galaxy A54 ini didatangkan dengan tetapan tiga lensa iaitu lensa utama 50 Megapiksel (MP) bersama lensa sudut ultra lebar 12MP dan lensa makro 5MP.

Kamera swafoto pula adalah 32MP bersama kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecas berwayar 25W untuk memberikan pengecasan lebih pantas.

Menurusi pandang pertama ini, jelas bahawa peranti Galaxy A54 ini adalah pilihan paling sesuai untuk pengguna yang tidak mempunyai bajet keras.

Kuasa prestasinya juga cukup mengagumkan khususnya untuk kefungsian pelbagai tetingkap, ia mampu melancarkan sebarang aplikasi tanpa masalah.

Prestasi kamera pula menepati dengan tanpa harganya, siang atau malam tidak mempunyai masalah untuk peranti ini beroperasi.

Keupayaan lensa kamera utama 50MP itu cukup memainkan peranan yang besar khususnya ketika pencahayaan kurang serta mengurangkan gangguan atau ‘noise’ pada gambar.

Spesifikasi

  • Pemproses: Exynos 1380
  • RAM: 6GB / 8GB
  • Storan: 128GB / 256GB
  • Kamera: 50MP + 12MP +5MP
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat