Bonus hargai pelakon, kru filem Air Force The Movie

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Seramai 150 barisan pelakon dan kru belakang tabir filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa menerima bonus dari penerbit sempena kejayaan filem itu di pawagam.

Filem Air Force The Movie arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See juga berjaya mencatat kutipan RM30 juta sejak menjengah pawagam pada 25 Ogos tahun lalu.

Menurut penerbit filem ini dari Multimedia Entertainment, Josiah Chieng, pihaknya bersama empat lagi syarikat penerbitan iaitu Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media sangat berbesar hati untuk memberi bonus sekali gus berkongsi rezeki dengan semua barisan pelakon dan kru belakang tabir yang terbabit.

“Banyak cabaran besar terutama masalah cuaca dihadapi barisan pelakon dan kru belakang tabir sepanjang penggambaran filem ini sebelum ini.

“Justeru, pemberian bonus untuk menghargai segala penat lelah barisan pelakon dan kru untuk merealisasikan filem ini.

“Ia bukan kejayaan individu sebaliknya secara berpasukan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya berapa jumlah bonus diperuntukkan, kata Josiah, dia lebih suka tidak berkongsi mengenainya.

“Maaf, saya tidak dapat berkongsi berapa jumlah yang diperuntukkan untuk bonus terbabit.

“Apa yang saya boleh kongsi, pemberian bonus terbabit dibuat sebelum raya dan kami harap ia dapat menceriakan sambutan hari raya barisan pelakon dan kru bersama keluarga mereka pada tahun ini.

“Semoga pemberian bonus akan menaikkan semangat barisan pelakon dan kru untuk memberikan yang terbaik pada industri filem kita,” katanya.

Mengulas pemberian bonus lagi, kata Josiah, pihaknya dan rakan penerbit memang berusaha untuk memberi bonus jika sesebuah filem terbitan mereka mencatat kejayaan.

“Saya difahamkan, barisan pelakon dan kru filem Paskal juga mendapat bonus dari penerbit sebelum ini,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat