Agong, Permaisuri Berkenan Hadir Sambutan Aidilfitri MBK

- Advertisement -

KUANTAN – Kira-kira 3,000 tetamu diraikan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Dewan Utama MBK, dekat Jalan Tanah Putih, malam ini.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menyertai sambutan itu.

Baginda berdua tiba di dewan utama MBK jam 8.40 malam disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Turut hadir Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

Tetamu yang hadir pada majlis itu dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional Pahang, termasuk manisan tradisi – Puding Raja.

Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa beramah mesra dan merakamkan gambar kenangan dengan tetamu selepas selesai menjamu selera.

Baginda kemudiannya turut berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang turut hadir pada majlis sambutan Aidilfitri itu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat