Altimet curah pengalaman 35 tahun

- Advertisement -

PENYANYI rap popular, Altimet berganding bahu dengan pengurusnya, Yasmeen Zainal menubuhkan syarikat pengurusan artis iaitu SVL TAN Management.

Selain Altimet, syarikat terbabit turut menguruskan empat lagi bakat dalam industri hiburan iaitu penyanyi Hazama, Saint Kylo, penyampai radio Haniff Hamzah dan cef selebriti, Sherson Lian.

Altimet yang juga Pengarah Kreatif SVL TAN Management berkata, pengalaman hampir 35 tahun dalam industri hiburan membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

“Apa yang membezakan SVL TAN Management dengan yang lain? Sudah tentu pengalaman 35 tahun kami di dalam industri hiburan. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kini sedia untuk menjangkau melebihi jangkaan.

“Kami juga bersedia untuk menggegarkan dan menetapkan penanda aras baharu bagi rakan-rakan dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Sementara itu, Yasmeen yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SVL TAN Management berkata, peranannya sebagai pengurus Altimet adalah penyebab utama dia ingin memulakan syarikat pengurusannya sendiri.

“Saya amat bersemangat dengan industri hiburan dan sebagai pengurusnya, ia memberikan saya peluang untuk melihat bagaimana semua dalam industri ini bergerak.

“Ia adalah peranan 360 darjah yang meliputi semua aspek kerjayanya dan amatlah menakjubkan untuk melihat bagaimana ia berkembang.

“Pengalaman yang ditimba selama ini bersama dengan pengetahuannya adalah apa yang saya harapkan boleh melonjakkan industri ini kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Yasmeen berkata, mereka memulakan syarikat ini ketika penularan Covid-19 bermula awal tahun lalu.

“Kami sangat bersyukur kerana berjaya menjalankan operasi seperti biasa walaupun terdapat banyak cabaran berikutan pandemik itu.

“Sebenarnya kami ingin melancarkan SVL TAN secara rasmi dari awal tahun lalu, tetapi kami ingin mengutamakan bakat dan memberikan fokus pada perniagaan terlebih dulu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat