Saya Tetap Setia Kepada UMNO – Shahidan Kassim

- Advertisement -

KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan beliau akan terus kekal bersama UMNO walaupun kini tidak lagi menjawat jawatan Pengerusi UMNO Perlis.

Jelasnya, tiada sebab untuk meninggalkan UMNO apatah lagi beliau memimpin parti tersebut dengan cemerlang pada pilihan raya sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga berjaya mengekalkan kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan negeri.

“Saya adalah calon kedua menang dengan majoriti tertinggi di Perlis malah menang kerana orang UMNO sokong saya, rakyat juga undi saya. Disebabkan ini, saya tetap setia kepada UMNO.

“Apa yang saya bimbang sekarang ini ialah orang lain yang kecundang pendirian mereka kepada UMNO.

“Apa yang penting di sini ialah saya pernah menjadi ‘komander’ UMNO Perlis untuk banyak pilihan raya dan kita menang semua,” katanya pada sidang akhbar selesai bersolat tarawih berjemaah di Dewan Warisan, dekat sini pada Rabu.

Pada 24 April lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pertukaran jawatan Pengerusi UMNO Perlis yang disandang Shahidan sebelum ini digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bersedia bekerjasama dengan Azlan selaku Pengerusi UMNO Perlis yang baharu bagi memantapkan parti berkenaan di negeri tersebut.

“Cuma saya harap, dulu semasa saya jadi pengerusi mesyuarat, (Azlan) selalu tak hadir. Kali ini harap beliau dapat hadir mesyuarat,” katanya yang turut enggan mengulas mengenai beberapa akar umbi UMNO yang menolak pelantikan Azlan.

Apa yang penting katanya, beliau akan terus menumpukan kekuatan parti khususnya di Bahagian Arau untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat