KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi melanjutkan tempoh darurat di negara itu kepada 3 bulan lagi, lapor agensi berita, Anadolu.
Dalam dekrinya, al-Sisi memberikan alasan bahawa negara itu sedang berhadapan dengan ancaman keselamatan dan kesihatan.
Perintah darurat membolehkan pihak kerajaan merujuk suspek pengganas ke mahkamah, melaksanakan perintah berkurung dan menyekat suratkhabar.
Kementerian Kesihatan Mesir mengesahkan 20 kematian akibat Covid-19 pada Isnin, menjadikan keseluruhan jumlah kematian akibat penyakit tersebut di negara itu seramai 337 orang.
Jumlah dijangkiti pula seramai 4,782 orang dengan mereka yang telah sembuh seramai 1,236 orang.
Kaherah melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam, bersama beberapa langkah lain bagi mengatasi wabak Covid-19.
Seperti beberapa negara lain yang melonggarkan sedikit sekatan, Mesir, dengan 100 juta penduduk turut membenarkan pusat membeli belah dan kedai dibuka sehingga pukul 5 petang, pada bulan Ramadan. Perintah berkurung sekarang bermula pada pukul 9 malam, berbanding sebelum ini pukul 8 dan berterusan sehingga pukul 6 pagi.
Sekolah, universiti dan masjid bagaimanapun kekal ditutup – agensi
– SuaraTV