Covid-19: Mesir Lanjut Darurat Selama 3 Bulan Lagi

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi melanjutkan tempoh darurat di negara itu kepada 3 bulan lagi, lapor agensi berita, Anadolu.

Dalam dekrinya, al-Sisi memberikan alasan bahawa negara itu sedang berhadapan dengan ancaman keselamatan dan kesihatan.

Perintah darurat membolehkan pihak kerajaan merujuk suspek pengganas ke mahkamah, melaksanakan perintah berkurung dan menyekat suratkhabar.

Kementerian Kesihatan Mesir mengesahkan 20 kematian akibat Covid-19 pada Isnin, menjadikan keseluruhan jumlah kematian akibat penyakit tersebut di negara itu seramai 337 orang.

Jumlah dijangkiti pula seramai 4,782 orang dengan mereka yang telah sembuh seramai 1,236 orang.

Kaherah melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam, bersama beberapa langkah lain bagi mengatasi wabak Covid-19.

Seperti beberapa negara lain yang melonggarkan sedikit sekatan, Mesir, dengan 100 juta penduduk turut membenarkan pusat membeli belah dan kedai dibuka sehingga pukul 5 petang, pada bulan Ramadan. Perintah berkurung sekarang bermula pada pukul 9 malam, berbanding sebelum ini pukul 8 dan berterusan sehingga pukul 6 pagi.

Sekolah, universiti dan masjid bagaimanapun kekal ditutup – agensi

– SuaraTV

Topik Hangat

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Berita Berkaitan

Simpan Duit Berkarung

JAKARTA: Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat. Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja...

Penerima dua dos vaksin Pfizer tunjuk antibodi tinggi

LONDON: Kumpulan penyelidik memaklumkan penerima vaksin COVID-19 Pfizer di England yang sudah menerima dua dos suntikan menunjukkan tindak balas antibodi yang kuat, sekali gus...

COVID-19 dijangka berakhir pada awal 2022

COPENHAGEN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita...