- Advertisement -
KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan atas coretan ucapan Aidilfitri yang diterima daripada para pelajar dan guru-guru sempena sambutan Syawal tahun ini.
Dalam satu hantaran di facebook, beliau menyatakan kegembiraannya menerima kad raya kreatif yang menceriakan suasana Aidilfitri beliau sekeluarga.
“Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini. Saya doakan kesejahteraan buat semua, Insya-Allah,”katanya.
Beliau turut menyampaikan salam Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia dan berharap agar sambutan kali ini membawa keberkatan serta kebahagiaan kepada semua.