PN cuma tonjol imej ‘Pahlawan Melayu’ susah nak jadi Kerajaan Persekutuan – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sukar untuk Perikatan Nasional (PN) menguasai semula Kerajaan Persekutuan sekiranya wajah yang dipamerkan hanya imej ‘Pahlawan Melayu’.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, PN berdepan masalah besar selagi parti itu gagal mendapatkan sokongan golongan urban dan bukan Melayu.

“Saya masih lagi nampak satu masalah besar dari segi matematiknya selagi mereka (PN) tak dapat sokongan bukan Melayu.

“Susah nak bayangkan untuk PN jadi Perdana Menteri sekali lagi dan saya tak tahu ‘timing’ macam mana kalau platform tidak dapat memikat hati golongan urban dan bukan Melayu,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Rabu.

Menurut beliau, PN terutamanya di perbahasan Dewan Rakyat dan di media sosial terutamanya aplikasi TikTok hanya menumpukan kepada kegusaran Melayu, isu Melayu Bumiputera.

“PN cuma paparkan kegusaran Melayu, isu Melayu Bumiputera dengan mengatakan Pakatan Harapan (PH) tak cukup jaga kedudukan dan kepentingan Melayu.

“Isu lain, nampaknya PN agak hambar di Parlimen persoalkan seperti belanjawan dan isu lain berkaitan dasar negara nampak kualiti kepimpinan itu mungkin ada tapi tidak ditonjolkan kerana mereka nak menonjolkan benda lain.

“Mereka nak menonjolkan kedudukan mereka sebagai Pahlawan Melayu,” bidas beliau.

Ulas Shahril, seperti juga PH yang sangat perlukan sokongan orang Melayu, PN pula berdepan kegersangan undi bukan Melayu untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Bolehkah PN jadi kerajaan kalau mereka tak boleh dapat 2-3 peratus pun undi bukan Melayu.

“Komponen PN, Parti Gerakan pengaruh sangat minima. Kalau tak ada strategi yang baru atau terima komponen luar yang baru berjuang untuk kaum tertentu, mereka (PN) akan masalah besar di pusat,” ujar beliau lagi.

Kata Shahril mungkin PN akan kekal di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

“Atau mungkin negeri lain majoriti kerusi Melayu mungkin akan bersaing sengit tetapi untuk menjadi kerajaan Pusat agak susahlah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat