Laskar siber Umno label Khairy ‘loser’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan sejak mengendalikan program podcast bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan ‘Keluar Sekejap’ dan mengupas isu Umno beliau kini digelar oleh laskar siber parti itu sebagai ‘loser’.

Kata Khairy, beliau lebih diserang laskar siber Umno berbanding Shahril.

“Mereka yang tak suka kita tuduh kita sebagai ejen Perikatan Nasional (PN), barua dan broker PN.

“Dalam episod-episod yang kita sentuh tentang Umno, banyak respons yang kita dapat terutamanya daripada laskar-laskar siber upahan Umno tingkat 38 (pejabat Presiden Umno).

“Dan salah satu hujah mereka adalah, “eh KJ kau dah kena pecat daripada Umno, kau tak ada ada hak dan kau tak layak cakap tentang Umno, move on sajalah, kau ni loser.

“Saya nak tanya sejak bila rakyat biasa tak boleh cakap tentang Umno, Umno adalah parti politik takkan ahli Umno saja boleh cakap pasal Umno? soal beliau.

Menurut bekas Ketua Pemuda Umno itu lagi, Umno walaupun parti yang dah tinggal 26 kerusi adalah parti dalam kerajaan.

“Jadi kenapa orang yang dah dipecat tak boleh cakap pasal Umno? saya tak tahu di mana logiknya,” kata Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat