Masalah Bekalan Air Bersih, Kerajaan Kelantan Disaran Beri Diskaun 50 Peratus Bil Air

- Advertisement -

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan digesa membuat potongan lima puluh peratus bil air rakyat negeri itu yang kerap berhadapan masalah bekalan air bersih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata potongan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu adil dengan perkhidmatan yang diterima pengguna.

Katanya, isu gangguan bekalan air di negeri itu sudah berlarutan sejak sekian lama termasuk di Gua Musang yang sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang berkesan.

“Sebagai tanda keadilan ‘Negeri Berkebajikan’ maka saya cadangkan kerajaan negeri memberikan diskaun 50 peratus kepada pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air untuk seluruh Kelantan,” katanya.

Mohd Syahbuddin mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan negeri ketika membahaskan Titah Ucapan Sultan Kelantan pada Persidangan DUN Kelantan, hari ini.

Beliau berkata, rakyat Kelantan menerima bil setiap bulan namun kerap menghadapi gangguan bekalan.

Justeru katanya, diskaun yang dicadangkan itu bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap perkhidmatan air yang dibekalkan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat