941 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas hampir empat bulan, Malaysia kembali mencatatkan angka harian kes baharu Covid-19 di bawah 1,000 apabila 941 kes dilaporkan, hari ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes baharu Covid-19 di bawah empat angka ialah pada 9 Disember tahun lalu, apabila mencatat 959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya lapan kes import dilaporkan manakala 933 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 219 kes (23.3 peratus) membabitkan 175 kes (79.9 peratus) daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Sarawak sebanyak 192 kes (20.4 peratus) dan Johor sebanyak 171 kes (18.2 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 63 kes (6.7 peratus) yang dilaporkan berkaitan kluster di penjara membabitkan Kluster Pagar Bukit Chagar (60 kes), Kluster Penjara Harapan (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1kes).

Menurutnya, sebanyak 1,097 kes dilaporkan pulih, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 327,406 kes atau 95.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat 166 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 73 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Selain itu, lima kes kematian baharu direkodkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Sabah serta satu kes di Selangor.

“Lima kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,260 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat