1,911 Pengamal Perubatan Telah Daftar Bagi Program Imunisasi Fasa 2 & 3 – Dr Adham Baba

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seramai 1,911 pengamal perubatan swasta (GP) telah mendaftar untuk terlibat dalam Fasa 2 dan 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata mereka yang telah berdaftar akan diberikan taklimat dan latihan berkaitan skop tugas dalam program imunisasi itu, selain garis panduan dan manual yang lengkap sebagai rujukan GP dalam mengendalikan pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran Fasa 2 dan 3.

“Bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat, lebih ramai GP diseru untuk terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

GP yang berminat perlu berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) melalui laman web www.protecthealth.com.my.

ProtectHealth diperbadankan pada 19 Dis 2016 di bawah Kementerian Kesihatan sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan.

Melalui laman web itu, GP boleh mendapatkan maklumat berkaitan model vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat