Pasukan Liga 1 Thailand sahkan pelantikan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga 1 Thailand, Police Tero FC mengesahkan mereka melantik bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe sebagai pengendali baharu pasukan itu.

Perkembangan itu diumumkan menerusi laman media sosial pasukan bergelar The Silver Shield Dragons itu sebentar tadi.

Pemilihan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih Police Tero menyaksikan Worrawoot Srimaka dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan.

“Selamat datang Tan Cheng Hoe,” kata pasukan itu yang turut berkongsi statistik Cheng Hoe sebagai pengendali The Red Giants serta pasukan kebangsaan.

Cheng Hoe kini berdepan tugas getir untuk memulihkan Police Tero yang ketika ini menghuni tangga ke-14 daripada 16 pasukan Liga 1 Thailand.

Selepas 19 perlawanan, pasukan itu hanya mengutip lima kemenangan dan empat keputusan seri untuk menghimpun 19 mata selain meledak 27 gol dan bolos 46 gol.

Mereka juga tewas empat kali berturut-turut dalam aksi liga ketika ini.

Sebagai rekod, dua pemain Harimau Malaya pernah menyarung jersi Police Tero sebelum ini iaitu pemain sayap, Mohamadou Sumareh dan pemain pertahanan, Dominic Tan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat