YBR salur bantuan 100 ribu ringgit kepada pelajar B40 UTEM

- Advertisement -

ALOR GAJAH — Yayasan Bank Rakyat (YBR) tepat menyediakan RM100,000 Bantuan Awal Pengajian (BAP) kepada pelajar B40 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, YBR sentiasa mencari ruang dan peluang bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan kurang berkemampuan dan asnaf dalam mendapatkan pendidikan yang baik.

“Saya percaya melalui bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat serta motivasi pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus mengorak langkah bagi mengubah nasib keluarga ke kehidupan yang lebih baik serta mencipta kejayaan di masa hadapan,” katanya ketika hadir bagi menyerahkan Bantuan Awal Pengajian YBR hari ini.

Jelasnya sebanyak RM1,000 setiap seorang diberikan dan melibatkan seramai 100 orang pelajar dari kalangan keluarga B40.

“Pemilihan mereka adalah berdasarkan senarai yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UTEM di mana setiap pelajar yang terpilih bakal menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Semua pelajar yang menerima bantuan adalah dikalangan pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta membantu meringankan beban kewangan mereka ketika kemasukan ke semester baru,” katanya.

Dalam majlis yang sama, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner) turut menyumbangkan set kelengkapan kepada perpustakaan UTEM.

Saiful berkata ia dilakukan untuk memberi memanfaat kepada pelajar UTEM dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan bacaan ilmiah secara digital.

“Melalui ‘SIR Corner’ ini diharapkan dapat meningkatkan carian ilmu tanpa sempadan serta sebagai alternatif kepada pelajar untuk mencari sumber rujukan dalam penghasilan tesis atau tugasan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.

“Inisiatif ‘SIR Corner’ ini menjadi salah satu medan pemerkasaan pendidikan dalam merealisasikan visi YBR yang berteraskan pendidikan serta akan menjadi kelebihan YBR berbanding yayasan lain,” katanya.

Jelas Syaiful lagi, bagi tahun 2022 sebanyak 20 IPT terkemuka di Malaysia telah terpilih menerima ‘SIR Corner’ dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300,000.

“YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal.

“Usaha ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat