Lima ahli MT ‘tentang’ keputusan Zahid Hamidi dalam mesyuarat MT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lima Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dikatakan mempertikaikan tindakan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memecat dan menggantung beberapa tokoh dalam mesyuarat MT malam Jumaat lalu.

Akhbar The Star melaporkan, mereka yang menyuarakan pandangan mempertikaikan keputusan tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Reezal Merican dan Datuk Datuk Arman Azha Abuu Hanifah.

Adakah ini bermakna Ahmad Zahid menggunakan kuasa ‘vetonya’ tanpa mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan oleh parti bagi mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli-ahlinya?.

Akhbar itu melaporkan, Mesyuarat MT tersebut bermula dengan ucapan aluan Ahmad Zahid yang turut mengumumkan tindakan memecat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan menggantung bekas Pengerusi Badan Perhubunhan UMNO negeri Selanhor, Tan Sri Noh Omar bersama beberapa tokoh lain.

“Noh terus bangun mempertikaikan keputusan tersebut kerana beliau belum dipanggil untuk membela diri dan minta dipecat daripada digantung selama enam tahun.

“Ahmad Zahid bersetuju untuk dipecat,” kata sumber kepada The Star.

Sebaik sahaja mesyuarat dibuka kepada ahli untuk bersuara, Ismail Sabri menegaskan bahawa pemecatan dan penggantungan tersebut dibuat tanpa mengikut proses dan peruntukkan undang-undang.

Perdana Menteri Kesembilan itu berkata, mereka yang berada dalam senarai tindakan disiplin perlu diberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum mendapatkan hak untuk membela diri, berdepan dengan Lembaga Disiplin dan membuat rayuan sebelum MT membuat keputusan.

“Ismail Sabri berkata pemecatan dan penggantungan yang dibuat tanpa surat tunjuk sebab itu adalah tidak adil kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri dan tidak mengetahui alasan mereka dikenakan tindakan.

“Beberapa ahli MT termasuk Shabery, Bung Moktar dan Arman Azha, turut bersuara tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana tidak mengikut perlembagaan UMNO.

“Mereka menyatakan UMNO akan terpaksa berhadapan dengan reaksi negatif kerana tidak mengikut proses, ini akan menyebabkan undi protes terhadap UMNO dalam pilihan raya nanti,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, sumber lain berkata, ‘secara teorinya, di bawah Perlembagaan UMNO, Ahmad Zahid mempunyai kuasa untuk menjadi otokratik’.

Lima ahli UMNO yang digantung enam tahun ialah bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan, bekas Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang and bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Shariff.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat