Orang muda tolak Zahid Hamidi bukan UMNO – Aktivis Pemuda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktivis pemuda UMNO Syed Mohd Syed Nasir berkata, golongan muda di negara ini sebenarnya menolak Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya lagi, orang muda menolak kerana hak demokrasi dalam UMNO sudah dinafikan Presiden melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Orang muda menolak Ahmad Zahid Hamidi bukannya UMNO,

”Orang muda menolak kerana hak kebebasan bersuara dalam UMNO disekat dan dinafikan,

“Orang muda menolak kerana tiada transparensi urus tadbir yang jujur & telus dalam UMNO.” kata Syed Mohd menerusi kenyataan pada Sabtu malam.

Ujar Syed lagi, penyalahgunaan kuasa pemimpin UMNO yang mempergunakan kiada dan Perlembagaan demi kepentingan peribadi desperado Presiden UMNO.

Tambahnya lagi, Presiden telah menjadi liabiliti parti.

”Orang muda menolak kerana pemimpin UMNO mempergunakan kuasa dan perlembagaan UMNO demi kepentingan peribadi desperado presiden UMNO,

“ Orang muda menolak kerana isu yang mengaitkan pemimpin UMNO pada kelemahan integriti, pemimpin rasuah tidak diselesaikan sengan tuntas,

“Presiden UMNO Liabiliti kepada UMNO.” katanya.

Dalam pada itu tambah Syed lagi, Presiden UMNO telah menjual maruah orang melayu pada DAP, mengkhianati perjanjian No Anwar No DAP demi kuasa.

Sikap Presiden UMNO bermotifkan dendam telah memecat seteru-seteru politik beliau untuk terus kekal berkuasa.

“Presiden UMNO tidak mengimbangkan kuasa di antara UMNO dan PH demi kestabilan parti untuk terus relevan pada rakyat,

“Presiden UMNO tidak belajar dari kesilapan kekalah PRU-PRU yang lepas kerana bersifat angkuh dan sombong,

“Presiden UMNO mengangkat suara calon-calon yang kalah pada PRU 15 sebagai kepimpinan tertinggi parti dan rujukan iaitu Sdr.Isham Jalil.” ujarnya lagi.

Kata Syed lagi, Presiden UMNO membuat undang-undang sendiri memecat dan menggantung ahli sesuka hati tanpa bukti yang konkrit.

Selain itu, perjanjian sulit belakang bersama Anwar Ibrahim dan juga telah mengelirukan perwakilan dengan membuat gerakan ke negeri-negeri melalui penerangan UMNO Malaysia untuk tidak pertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden juga punca penolakan Orang muda terhadap Ahmad Zahid.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat