Lembaga Disiplin UMNO tidak pernah panggil bela diri – Maulizan

- Advertisement -

TEBRAU: Ketua Bahagian UMNO Tebrau Datuk Maulizan Bujang berkata Lembaga Disiplin UMNO (LDU) tidak pernah memanggil dirinya membela diri.

Menurutnya, beliau redho walaupun masih sayang kepada parti yang banyak jasanya kepada agama, bangsa dan negara.

Sindirnya, mungkin keputusan mengantung keahliannya selama 6 tahun disebabkan kerana dirinya tidak sehaluan dengan Presiden.

“Presiden UMNO melalui MKT menggantung keahlian saya dalam UMNO selama 6 tahun tanpa dipanggil ataupun peluang membela diri. Saya redho walaupun saya sangat sayang parti yang banyak jasanya kepada agama, bangsa dan negara.

”Selama 42 tahun saya menjadi ahli dan saya bermula dari peringkat cawangan dan bergiat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Mungkin silap saya kerana kadang kala tidak sehaluan dengan Presiden.

“Takpe lah, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Saya doakan suatu masa nanti UMNO akan dapat pulih semula dengan pemimpin dan kepimpinan yang diterima bukan sahaja oleh ahli parti tetapi diterima oleh pengundi dan rakyat kebanyakan.” kata menerusi catatan Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berharap UMNO dapat kembalikan semula roh perjuangan yang berlandaskan asas penubuhan parti iaitu untuk menjaga agama, membela bangsa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan memajukan negara berbilang kaum yang tercinta ini.

Dalam pada sama, tegas beliau, keputusan Presiden melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengantung beliau sebagai ahli UMNO selama 6 tahun dibuat tanpa mengikut prosedur parti.

Beliau juga kesal dengan tindakan beberapa orang memfitnahnya bagi menghalalkan tindakan terhadap dirinya.

Antara dakwaan fitnah itu ialah beliau terlibat sebagai operator dalam mengumpulkan SD bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15.

Dan terdapat dakwaan fitnah rakaman suara menawarkan RM5 juta kepada seorang Ahli Parlimen untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

”Saya masih teguh dengan pendirian bahawa tindakan menggantung keahlian saya sebagai ahli UMNO dibuat tanpa mengikut prosedur parti.

“Ini juga tidak sesekali melemahkan semangat saya untuk bersama masyarakat dan terus berpegang kepada asas perjuangan saya selama ini.

”Namun begitu ada pihak yang menabur fitnah bagi menghalalkan tindakan terhadap saya. Insaflah. Takkan sampai begitu sekali kejinya perbuatan fitnah itu. Moga Allah ampuni dosa dosa kita semua.”katanya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat