Saman Khairuddin Uji Kebebasan Kehakiman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes saman Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia berhubung Proklamasi Darurat adalah adalah kejayaan kecil dalam satu usaha yang sangat besar, sukar dan penuh cabaran.

Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin berkata, mahkamah sekadar memberikan tarikh untuk pengurusan kes namun untuk sampai kepada perbicaraan masih jauh dan penuh halangan.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan pengusul darurat pasti akan menggunakan segala jentera dan daya yang ada kepadanya bagi menggagalkan saman ini secepat dan seawal yang mungkin.

“ Di sinilah terletaknya ujian mutakhir terhadap kebebasan dan keberkecualian kehakiman. Di sini jugalah kewibawaan hakim Mahkamah Tinggi, Mariana Yahya, akan diuji dan diperhatikan.

“ Ia juga menguji ikrar Muhyiddin sendiri pada 12 Januari yang berbunyi: “Badan kehakiman akan terus berfungsi dan saya tidak akan mencampuri sebarang urusan melibatkan sistem keadilan negara,” catat A. Kadir dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, saman Khairuddin itu mudah saja, dia meminta mahkamah memutuskan sama ada Muhyiddin, yang menurutnya telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat sebelum darurat diisytiharkan, masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, untuk mengisytiharkan darurat.

“ Mudah saja. Bukan isu derhaka seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh konco-konco Muhyiddin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) tetapi interpretasi undang-undang terhadap hak Muhyiddin menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat