Kolaborasi Dato’ Sri Alha Alfa Bersama DS Umie Aida & Zara Zya

- Advertisement -

Dato’ Sri Alha Alfa adalah figura dalam bidang kencantikan yang mana setiap produk beliau telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa, selain negara Singapura dan Brunei, produk AAC mempunyai peminat setianya di bumi Indonesia. Pada tahun hadapan Alha Alfa Cosmatics akan mula beroperasi secara rasmi di Indonesia.

Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, Dato’ Sri Alha juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua.

Antaranya adalah produk Gradian Lips Edition kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.

Seterusnya ‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod di Malaysia Book Of record (MBR) sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

Lebih istimewanya adalah penghasilan single yang berjudul “Cinta Agung” nyanyian Dato’ Sri Alha Alfa feat Zara Zya, ramai yang tidak sedar bahawa Dato’ Sri Alha Alfa mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum selain pernah berduet, katanya,

“Idea disebalik penghasilan single ini timbul secara santai, secara jujurnya saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Zara Zya gemar berkaraoke, kami mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’, dan kebetulan juga, saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal.

“Pernah saya berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu dan tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan tersebut dan mengajak Zara Zya untuk berduet bersama. Hakikatnya lagu ini sudah pun dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya.

Single “Cinta Agung” Dato’ Sri Alha Alfa dan Zara Zya boleh ditonton youtube 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat