Tak malu depan kamera

- Advertisement -

SETIAP insan bergelar ibu pasti mahu yang terbaik dalam apa jua aspek buat cahaya mata mereka.

Begitu juga buat pelakon, Mira Filzah yang mengakui belum bersedia untuk membawa anak sulungnya yang belum mencecah usia setahun ke mana-mana acara.

Jelasnya, pendekatan itu pasti diambil apabila anaknya itu sudah mencapai umur yang bertepatan untuk dibawa ke majlis.

“Buat masa ini, saya belum lagi membawa anak saya ke mana-mana acara, bagaimana pun saya pasti orang ramai maklum akan sensitiviti untuk menyentuh atau mencium bayi dengan pelbagai virus dan penyakit.

“Memang tidak dinafikan sebagai ibu pastinya kita risau akan kesihatan anak. Sedangkan jika anak berjauhan pun akan sedih inikan pula jika anak berada dalam keadaan kurang sihat,” kata Mira.

Sementara itu, Mira berkongsi anaknya, Wan Khair Amir Wan Emir Astar sudah diintai jenama besar dan rumah produksi.

Pelakon popular itu berkata, dia dan suami terbuka memberi ruang kepada permata hati mereka terbabit dalam bidang komersil, namun perlu menapis tawaran mengikut kesesuaian usianya.

“Memang ada yang risik-risik mengenai kesediaan saya ‘melepaskan’ Amir ke dunia komersil sama ada membabitkan iklan mahupun berlakon.

“Kalau kempen yang memerlukan tempoh singkat boleh dipertimbangkan, cuma terbabit dalam lakonan mungkin bukan dalam waktu terdekat sebab dia masih terlalu kecil,” katanya.

Kata pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 39, itu, sebenarnya sudah ada beberapa penampilan dia bersama Amir untuk promosi produk dan perkhidmatan yang menggunakan platform laman sosial.

“Amir pun suka tengok kamera macam yang ditunjukkan ketika kami menjalani kempen sebuah produk dari Korea Selatan. Dia bukan ‘camera shy’,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020 diserikan dengan kehadiran Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Mira ditemui pada majlis pelancaran RR Empire sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk koleksi tudung terbaharu Rizman Ruzaini di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Mira mengakui dia pengguna setia tudung itu dan sangat mengagumi hasil kerja pereka duo tersebut yang sering tampil dengan rekaan eksklusif dan menarik.

“Sebenarnya saya merupakan pengguna setia produk-produk keluaran Rizman Ruzaini malah baju kahwin saya pun daripada mereka.

“Bila dapat jadi muse mereka, lagi-lagi untuk koleksi tudung Alhamdulillah, rekaan mereka memang senang dipakai dan selesa untuk digayakan oleh semua,” katanya lagi.

Pelakon drama The Hotel itu pada masa sama turut meluahkan hasrat tentang kesediaannya untuk kembali aktif dalam arena lakonan tahun depan.

Katanya, perancangan ke arah itu disusun dengan baik selepas dia kini mempunyai pembantu untuk menjaga si kecil ketika keluar menjalani penggambaran nanti.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat