Zahid minta pengkhianat parti Taubat Nasuha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengkhianat-pengkhianat dalam Umno diminta supaya cepat bertaubat Nasuha dan kembali kepada perjuangan parti.

Bagaimanapun Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan sekiranya pengkhianat-pengkhianat itu cuma Taubat Nasuha di depan, di belakang bertindak sebaliknya beliau juga ada strategi lain.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sampai bila mahu terus menyimpan pengkhianat-pengkhianat dalam parti?

“Saya tidaklah sezalim itu, asal kan mereka bertaubat Nasuha cepat untuk kembali itulah sebaik-baiknya.

“Tetapi kalau Taubat Nasuha di depan, di belakang buat lain saya tidak perlulah berkongsi strategi.Kalau strategi saya kongsi ia tak jadi strategi lagi,” tegas Zahid dalam wawancara malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengakui wujudnya ‘batu api’ dalam BN sendiri yang mencetuskan ketegangan di kalangan komponen MCA dan MIC sehingga membawa kepada desakan supaya beliau berundur daripada terus mengemudi parti itu sebelum ini.

“Saya telah maafkan itu semua, situasi yang menekan mereka (MCA, MIC) ketika itu adalah disimbah oleh limbah-limbah dari dalaman.

“Hanya jauhari mengenal manikam, saya tidak mahu menyebut atau mengaibkan mana-mana individu tapi saya tahu ia datang daripada dalam,” kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Pun begitu, katanya selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan beliau dapat merasakan kembali kebersamaan dalam sokongan yang ditunjukkan 30 ahli Parlimen BN yang menang.

“Apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk, mereka beri dokongan buktinya dalam pengundian Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, 30 ahli Parlimen bagi sokongan.

“Janganlah dikenang peristiwa lalu marilah kita ‘move on’ untuk kita membentuk satu gagasan baru, memperkukuhkan parti, siap siaga parti hadapi landskap politik baru dan kita ketepikan perbezaan pandangan di kalangan kita.

“Mana-mana yang rasa marah jangan layan api yang datang daripada mulut-mulut iblis dan syaitan. Kalau ada api kemaraham ambil air sembahyang, lebih baik sembahyang sunat jangan layan perkara macam tu.

“Kalau nak marah, saya layak lebih marah lagi sebab tersimbah macam -macam api, tapi saya padamkan api itu dengan rasa ketenangan jiwa,” ujar Zahid lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat