Shila tolak lelaki dibebani masalah hidup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shila Amzah, 32, tidak pernah menolak sekiranya diberi peluang bercinta lagi, namun lelaki pilihannya itu perlu bebas daripada bebanan hidup.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Khilaf Asmara itu berpendapat, dia tidak mahu teman hidupnya itu dibebani dengan masalah silam sebelum memulakan kehidupan baharu.

“Saya tidak pernah menolak bercinta lagi, tetapi dalam masa yang sama, saya yakin sesiapa yang ada bebanan hidup perit seperti saya perlu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu.

“Sebabnya, saya tidak mahu si dia terbeban dan memikul tanggungjawab untuk mengendalikan masalah saya.

“Jadi apabila saya berjumpanya, saya hendak ada lebih ruang untuk menyayangi, tenang fikiran dan tidak terbeban dengan masalah lalu,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul Jauh Hati, baru-baru ini.

Sebelum ini, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 ini mengakui perjalanan dan keperitan mengharungi episod hitam dalam rumah tangganya sehingga kini masih terasa.

Namun, selepas berjaya mencipta dan menulis lirik lagu Jauh Hati, Shila berkata dirinya berasa sangat lega dan seakan hidup semula.

“Kehidupan saya selepas habis dengan kisah tersebut, saya lebih tenang dan lega. Rasa lebih ‘bubbly’, ceria dan lepas habis proses itu, perasaan jadi luar biasa.

“Kadang kala saya rasa macam sudah dapat semula kehidupan asal saya, rasa lebih muda, bertenaga dan hidup lebih bermanfaat.

“Sebab itu, saya memilih mengeluarkan single mengenai kisah rumah tangga pada hujung 2022. Ini kerana saya mahu betul-betul tinggalkan kisah ini pada tahun ini dan melangkah ke 2023 dengan perasaan dan semangat baru,” katanya.

Sekadar info, Shila dan bekas suami, Haris Elias berkahwin pada April 2018 dan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun. – XTRA

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat