Anthony Loke terjah KLIA2 kesan beberapa kelemahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesan beberapa kelemahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hasil daripada ‘spot-check’ yang dilakukannya pagi tadi.

Susulan tinjauan mengejut itu Anthony mendapati ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.

“Salah satunya ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna.

“Pihak pengurusan telah melantik kontaktor dan kerja menaik taraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.

“Selain itu, sistem pencahayaan juga akan ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang,” katanya dalam kenyataan di pada Rabu.

Dalam catatan Setiausaha Agung DAP itu memberitahu pagi tadi, sebelum beliau melancarkan “fixed fare midnight flights” di Red Q, AirAsia, beliau telah membuat spot-check di KLIA2.

“Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Level 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

“Saya mengajak semua stakeholders untuk sentiasa berusaha menambahbaik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang kita,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat