Sesi Persekolahan Mula 1 Januari 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari 2023 bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan A.

Manakala sekolah-sekolah dalam kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2023.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, sekolah dalam kumpulan A membabitkan negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Sesi persekolahan bagi kumpulan A akan bermula 1 Januari 2023 sehingga 16 Februari 2023.

“Bagi kumpulan B melibatkan sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2023 hingga 17 Februari 2023,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Fadhlina mengumumkan cuti persekolahan bagi kumpulan A bermula 17 Februari hingga 18 Mac 2023 dan kumpulan B pada 18 Februari hingga 19 Mac 2023.

“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi,” ujarnya.

Pada 24 Disember lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan takwim sesi persekolahan yang ketika ini bermula pada Mac akan dikembalikan semula kepada jadual asal iaitu Januari.

Fadhlina berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kementerian sedang berusaha ke arah itu, namun terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat