2 Dalang ‘Jual’ Darjah Kebesaran Mengaku Tak Bersalah

- Advertisement -

KUANTAN – Dua bekas kakitangan pejabat setiausaha kerajaan (SUK) Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 29 pertuduhan mengubahsuai kandungan laman web sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Isa Mohd Yusof, 36, berhadapan dengan 26 pertuduhan manakala Muhammad Amer Syafeeq Aziz, 30, pula menghadapi tiga pertuduhan bagaimana mengaku tidak bersalah.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maimoonah Aid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Isa yang didakwa dengan 26 pertuduhan tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan nama 26 individu ke dalam laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan penerima tidak disenaraikan untuk menerima anugerah itu.

Mohd Isa didakwa melakukan perbuatan itu antara 19 Februari 2020 sehingga 12 Oktober 2021 di pejabat SUK Pahang.

Muhammad Amer Syafeeq pula didakwa dengan tiga pertuduhan memasukkan tiga nama individu ke dalam laman sesawang tersebut dan menyebabkan pengubahsuaian kandungan di dalam sistem komputer.

Bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan perbuatan itu pada 18 Ogos 2021 sehingga 4 Oktober 2021 bertempat di pejabat SUK Pahang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,00 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh juga boleh dikenakan denda maksimum RM150,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan seperti ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim.

Sebelum itu, Abdul Ghafar menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Mohd Isa dan Muhammad Amer Syafeeq.

Bagaimanapun, Mohd Isa yang tidak diwakili peguam merayu agar wang jaminan dikurangkan dan hanya mampu membayar antara RM10,000 hingga RM20,000.

Sementara itu, Mohd Amer Syafeeq yang diwakili peguam bela, Noor Azmi Kasam pula meminta agar wang jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh kini tidak bekerja.

Noor Azmi menjelaskan anak guamnya kini bekerja sendiri dengan pendapatan RM500 hingga RM700 sebulan perlu menyara seorang isteri yang sedang mengandung dan seorang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kes disebut semula pada 13 Februari tahun depan.

Credit foto: Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat