“Jangan yang di kejar tak dapat, yang di kendong pula jatuh berciciran.” Kata Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti DAP kini boleh berbangga kerana terdapat segelintir pemimpin UMNO telah menjadi jurubicara bagi pihak mereka, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.

Mereka pemimpin UMNO kata Annuar telah pergi merata bahagian dan cawangan untuk cuba membawa justifikasi dan naratif untuk menerima kerjasama melalui jajaran politik baharu yang melibatkan kerjasama DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka mendapat platform rasmi dan yang dilantik rasmi, justeru ada yang mengangap mesej mereka adalah mesej pucuk pimpinan, walaupun jelas bertentangan dengan dasar parti,

“Antara istilah baru mereka ialah JAJARAN BAHARU,

“Rata-rata akar umbi UMNO mengadu dan resah dengan gerakan ini, jelas UMNO bergerak ke arah perpecahan dan bukannya konsolidasi,” katanya melalui facebook beliau.

Pada masa yang sama kata Annuar, ada pihak yang masih berpegang kepada keputusan rasmi masih mendiamkan diri dan mengambil sikap memerhati. Kebanyakkan mereka mewakili kawasan kubu kuat UMNO dan yang telah memenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lepas.

“Apakah kubu-kubu ini menjadi ‘kubur’ taruhan apabula Perpaduan Melayu dan solidariti parti-parti yang menumbangkan Pakatan Harapan (PH) bakal di robek atas nama jajaran baharu?,” tanya Annuar kepada mereka.

Dalam pada  itu, Annuar berharap UMNO tidak terjatuh kali kedua kerana kesilapan mereka di atas.

“Jangan yang di kejar tak dapat yang di kendong pula jatuh berciciran….”,

“Peranan menyatupadukan Melayu bakal di dokong obornya oleh parti lain, bukan lagi UMNO nampak, Wallahuaklam..,” katanya. -SuaraTV

 

 

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat