Rabbani, Inteam menang besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Rabbani dan Inteam menang besar menerusi Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020 yang dipancarkan secara langsung di Auditorium Perdana Wisma TV, Angkasapuri, malam tadi.

Rabbani menyerlah menerusi lagu Ittihad ciptaan Daqmie dan lirik oleh Ito Lara yang dilancarkan pada 2018 menang kategori Lirik Nasyid Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan Vokal Nasyid Terbaik.

Manakala, Inteam yang baru saja menyambut ulang tahun ke-20 menang dua kategori, Artis Nasyid Pilihan dan Anugerah Kembara. Raihan pula diumumkan sebagai pemenang kategori Anugerah Khalifah.

Anugerah Khalifah dan Kembara diwujudkan khusus kepada individu atau kumpulan yang memperoleh pencapaian tertinggi dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.

Ahli kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun mengambil trofi kemenangan Artis Nasyid Pilihan dan Anugerah Kembara. - Foto MUNSYID
Ahli kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun mengambil trofi kemenangan Artis Nasyid Pilihan dan Anugerah Kembara. – Foto MUNSYID

Sementara itu, bagi kategori Artis Nasyid Baru dimenangi Aniq Muhai dan Artis Nasyid Nusantara (Sabyan). Manakala, Juru Rakam Lagu Nasyid Terbaik, Amin Nordin menerusi lagu Sakit nyanyian Areef dan Susunan Muzik Nasyid Terbaik pula dimenangi Omar K menerusi lagu Putaran nyanyian Fareed Zane.

ANAM 2020 yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan stesen RTM sebagai penyiar rasmi.

Selain itu, ia turut mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP sebagai rakan strategik.

 

Malam kemuncak ANAM 2020 diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. - Foto MUNSHID
Malam kemuncak ANAM 2020 diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. – Foto MUNSHID

 

​Ini adalah kali pertama anugerah nasyid berlangsung dengan penuh berprestij membabitkan sokongan dua kementerian. Ia dianggap aktivis nasyid sebagai penghormatan dan pengiktirafan bagi penggiat industri nasyid tempatan oleh pihak kerajaan. ANAM 2020 dihoskan Fara Fauzana dan Hafiz Hamidun.

Keputusan 11 kategori dipertandingkan disiarkan secara langsung di TV1 membabitkan barisan penyampai trofi dan pemenang. Manakala, segmen persembahan membabitkan Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices dan ramai lagi sudah dirakam awal.

Malam kemuncak ANAM 2020 diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat