Neelofa serah keluarga cari penyelesaian

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa, 31, menyerahkan urusan perhubungannya dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25, di tangan keluarga.

Mengulas status hubungan terkini dengan PU Riz, Neelofa berkata, pasti ramai yang melihat foto-foto dalam laman IG keluarga dan sumber tidak berasas.

“Apa yang boleh saya cakap, setiap perhubungan ada cerita yang tersendiri. Tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan berlebihan dan membelakangi keluarga saya serta keluarga Haris.

“Berikan kami masa, doakan kami dapat mencari titik penyelesaian terbaik. Bagi saya, lebih baik perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua pihak.

“Apabila ada cerita yang menokok tambah, keluarlah kenyataan tidak berasas yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya yang muncul menerusi video berdurasi 4 minit 55 saat dalam laman Instagramnya, semalam.

Bekas pengacara program MeleTOP itu menjawab spekulasi hubungan berantakan dengan pelbagai andaian yang tersebar dalam laman sosial, sejak Sabtu lalu.

Neelofa berkata, sudah menjadi perkara biasa dalam setiap perhubungan jika berdepan ujian.

“Apa yang beza, saya dan Haris dikenali dan mendapat perhatian. Gerak geri kami diperhatikan dan tambah pula dengan cerita tidak betul, jadi ia menjadi lebih berat.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada keluarga saya dan Haris atas segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih lagi, kami masih belum ada sebarang ikatan yang sah,” katanya.

Sebelum ini, perhubungan Neelofa dan Haris dikatakan berdepan dengan pergolakan, sekali gus menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman Twitter.

Menguatkan spekulasi hubungan Neelofa dan Haris sedang berantakan menerusi status yang dimuat naik adik beradik bekas pengacara MeleTOP itu, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram Stories (IG Story).

Mereka memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, malah turut berkongsi doa meminta perlindungan daripada perkara tidak diingini.

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ Haris dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ Haris, sejak awal bulan lalu.

Ia juga membabitkan dakwaan terkena minyak pengasih, memindahkan wang berjumlah RM100,000 kepada Haris dan melangsungkan pernikahan secara senyap di Kelantan yang diwalikan oleh bapa kandungnya, baru-baru ini.

 

Neelofa dan PU Riz bersama keluarga masing-masing ketika majlis merisik pada 1 November lalu.
Neelofa dan PU Riz bersama keluarga masing-masing ketika majlis merisik pada 1 November lalu.

 

Neelofa berkata, dia mohon maaf kerana mengambil masa masa untuk bersuara.

“Saya mahu memperbetulkan apa yang sedang tular dalam media sosial berkaitan saya, Haris dan keluarga sejak kelmarin.

“Saya tidak pernah membuat penjelasan secara terbuka sepanjang kerjaya sebagai anak seni. Selalunya, saya akan ambil pendekatan untuk berdiam diri. Apa yang diperkatakan bukan hanya membabitkan saya, malah keluarga saya dan Haris.

“Secara jujurnya, saya terkejut membaca dan melihat andaian yang keluar berkaitan dengan Haris. Ia disifatkan tidak betul dan berasas,” katanya.

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot dan Red Velvet itu berkata, tuduhan terkena minyak pengasih dan sedang berubat, memindahkan wang yang banyak pada Haris tidak betul.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan sihat. Keadaan kesihatan juga baik seperti yang anda lihat sekarang.

“Andaian kononnya saya melangsungkan perkahwinan dengan dinikahkan oleh bapa kandung di Kelantan adalah tuduhan karut. Andaian ini mengheret nama keluarga, jadi saya perlu memperjelaskan. Semua ini adalah tuduhan amat berat untuk ditelan.

“Saya minta hentikan andaian ini, jangan terus bercakap benda ini kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Saya mohon sangat, daripada bertanya, bercakap dan menimbulkan banyak andaian lain, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan Haris,” katanya.

Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya.

“Kepada keluarga saya, terima kasih tidak terhingga ingin diucapkan. Saya hargai dengan setulus hati atas sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan dan teguran diberikan.

“Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk memahami dan memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak akan berpanjangan. Akhir sekali, saya sangat memerlukan doa anda. Memadai jika anda berdoa dalam hati,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...