Produk Ramly Tiada Penglibatan ‘Orang Tengah’, Disahkan Halal Secara Berkala Oleh JAKIM

- Advertisement -

Baru-baru ini hangat dibicarakan tentang kegiatan penyeludupan masuk daging dari luar negara ke dalam negara ini yang dikatakan tidak halal dan menipu pengguna sejak berpuluh tahun yang lalu.

Ia susulan pendedahan berterusan oleh beberapa media utama dalam negara yang membongkarkan mengenai kegiatan berkenaan. Perkembangan itu sekaligus menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan pengguna terutama masyarakat Islam di negara ini.

Memandangkan isu berkenaan masih berada dalam proses siasatan, syarikat pengeluar makanan berasaskan daging, Ramly Food Processing Sdn Bhd (RFSB) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara berkenaan.

Dato-Ramly-Mokni2

PENGARAH URUSAN RFPSB, DATUK DR RAMLY MOKNI

“RFSB hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dari luar negara dan dipantau JAKIM secara berkala.

“Disahkan Halal dan tiada penglibatan orang tengah,” maklum pengarah urusannya Datuk Dr Ramly Mokni dalam kenyataan berkenaan.

Syarikat mereka jelasnya adalah sebuah syarikat bumiputera muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan mereka sangat menitik beratkan dan berhati-hati dalam isu ini sejak dulu lagi.

Mereka juga pada masa sama menyambut saranan baik JAKIM dan KPDNHEP agar tiada mana-mana pihak mengulas mengenai isu daging seludup selagi siasatan penuh belum selesai.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat