Jika Tak Laksana PKPB, Mungkin 4 Juta Rakyat Malaysia Dijangkiti Covid – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengawal penularan Covid-19 di negara ini yang mana jika tidak dilaksanakan jumlah pesakit dijangkiti boleh mencecah ke angka empat juta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika dilihat dari pengalaman ketika melaksanakan PKP dari sudut kesihatan memang berjaya namun ia memberi impak yang tinggi kepada ekonomi negara.

“Sebab itu kita buat PKPB yang mana terbukti ia masih berjaya mengawal penularan Covid-19.

“Jika tidak dilaksanakan (PKPB) dijangka rakyat negara ini yang dijangkiti akan meningkat ke angka empat juta pesakit namun hari ini ia hanya 10,690 kes dilaporkan,” katanya pada sidang media Covid-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun kerajaan memberi sedikit kelonggaran tetapi perlu kepada pematuhan tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan Covid-19.

“Masalahnya jika tiada kepatuhan tinggi dalam masyarakat akan berlaku penularan.

“Sejak 7 Disember hingga hari ini, dalam tempoh tiga minggu jika masih boleh bertahan kebolehjangkitan akan dapat diturunkan yang mana ketika ini nilai kebolehjangkitan pada kadar 1.0,” katanya.

Beliau berkata, tindakan seterusnya akan melindungi kumpulan rentan, mukim, daerah dan negeri.

“Sebagai contoh di Sarawak nilai kebolehjangkitannya amat memberangsangkan iaitu kurang 0.4 di mana kes terkawal. Jadi mereka yang pulang ke Sarawak menyambut Krismas dan bercuti perlu patuh dengan kuarantin 10 hari.

“Sarawak juga memperketatkan kawalan sempadan dan lorong tikus bagi mengelakkan warga asing masuk dan inilah kaedah terbaik,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat