Covid-19: Himpunan Sambut Tahun Baru 2021 Tidak Dibenarkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata sambutan yang biasanya disambut secara besar-besaran itu boleh mewujudkan risiko penyebaran COVID-19 jika ia dianjurkan di mana-mana lokasi di negara ini.

“Sambutan ada pelbagai cara, ada sambutan secara bersendirian, bersama keluarga di rumah dan sebagainya tetapi secara perhimpunan memang tidak dibenarkan kali ini.

“Ini kerana ia akan melibatkan perhimpunan yang penjarakan fizikalnya tidak dapat dikawal,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata setakat ini, tiada cadangan untuk mewujudkan semula sekatan merentas negeri dan daerah seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu bergantung kepada pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ia hanya akan dilaksanakan apabila disarankan kementerian itu.

“Kita belum ada perbincangan yang terperinci. Kita akan dapatkan pandangan KKM dan keputusan akan dibuat selepas kita dapat pandangan nasihat mereka.

“Setakat ini, masih kekal seperti diumumkan iaitu perjalanan rentas negeri dan daerah masih dibenarkan,” katanya.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 7 Dis lepas. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat