Sukar Untuk Difahami Apa Sebenarnya Yang Berlaku – Neelofa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dilihat seperti sukar untuk memahami keadaan yang berlaku ketika ini selepas menerima pelbagai kritikan berkait dirinya dengan PU Riz.

Neelofa dalam satu hantaran menerusi Instagram Story, menterjemahkan keyakinan bahawa dia menyerahkan perjalanan takdirnya kepada ketentuan Allah SWT.

“Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya ingin berlaku.

“Tetapi saya mempercayaiMu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik,” jelas perkongsian itu.

Beberapa hari lalu, spekulasi mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz, 25, telah menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga ada yang membuat dakwaan tidak berasas.

Susulan itu, usahawan tudung jenama Naelofar menafikan segala tuduhan berat yang dilemparkan dan menggesa semua pihak agar tidak menerima sebarang andaian secara bulat-bulat.

Dia yang juga bekas pengacara program MeleTOP pada masa sama memohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat