Cabaran hapuskan COVID-19 tidak halang usaha pemerkasaan sektor awam – PM Muhyiddin

- Advertisement -

AYER KEROH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak COVID-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang menjadi satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab penjawat awam kini untuk membudayakan norma baharu dalam cara kerja, supaya perkhidmatan itu tetap dapat disampaikan secara efektif kepada golongan sasar, di samping meningkatkan produktiviti kerja.

Beliau berkata, pada peringkat kerajaan pula, penting inisiatif untuk menambah baik aspek integriti dan tadbir urus kerajaan dilaksanakan, misalnya dilakukan melalui usaha membanteras amalan rasuah bagi memastikan kecekapan dan ketelusan pengurusan pentadbiran.

“Oleh kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) antara warga kerja barisan hadapan yang sering terdedah dengan tarikan rasuah, usaha membanteras jenayah ini perlu kekal sebagai agenda penting yang perlu dilaksanakan meluas dalam kalangan penjawat PBT.

“Ini agar kita dapat mewujudkan budaya kerja yang berintegriti tanpa berkompromi dengan mana-mana nilai dan etika,” katanya ketika berucap merasmikan secara maya Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia kali ke-27, di sini hari ini.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat