Malaysiakini lapor dakwaan SPRM acu pistol ke kepala Albert Tei, tukang dedah konspirasi rasuah kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 November 2025 – Kediaman ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, di Puchong menjadi tumpuan apabila isterinya mendakwa seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan pistol ke arah suaminya sewaktu serbuan awal pagi tadi.

Dalam laporan Malaysiakini, isterinya yang dikenali sebagai Lee berkata kejadian berlaku sejurus pasukan SPRM memasuki rumah mereka sebelum Albert diarahkan turun dan dibawa ke tepi.

“Lepas mereka masuk, Albert sudah turun. Mereka bawa dia tepi suruh baring, gari dia. Saya turun dari tangga. Mereka tunjuk pistol atas kepala, ada jaraklah sikit,” katanya.

SPRM mengesahkan operasi tersebut tetapi tidak memperincikan punca atau perkembangan siasatan.

Pagi tadi media melaporkan SPRM melakukan serbuan ke rumah Albert dan merampas beberapa kotak dokumen dan peralatan elektronik. Dua kenderaan rasmi SPRM berada di lokasi sehingga tengah hari.

Serbuan hari ini berlaku hanya dua hari selepas tular video perbualan seorang individu yang dikatakan pembantu kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendakwa Perdana Menteri tahu dan merestui usaha merakam perbualan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah mengenai perbuatan menerima suapan.

Shamsul telah meletak jawatan beberapa jam sebelum video tersebut didedahkan kepada umum.

Shamsul dalam kenyataannya kepada media arus perdana menafikan wujud sebarang konspirasi dan menyifatkan rakaman tersebut sebagai manipulasi yang cuba mengheret nama beliau dan pejabat Perdana Menteri ke dalam isu peribadi melibatkan pihak tertentu.

Setakat ini, SPRM belum memberikan respons mengenai dakwaan pistol diacukan mahupun kaitan serbuan hari ini dengan video tular tersebut.

Kehadiran polis turut dilihat mengawal laluan masuk kawasan perumahan Albert berikutan kehadiran media dan orang ramai yang berkumpul sejak awal pagi. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat