Majikan boleh daftar permohonan pekerja kekalkan 11 peratus kadar caruman mulai 14 Dis, 2020: KWSP

Pemuda UMNO Kota Raja gesa segerakan pemilihan parti

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja menggesa agar pemilihan parti disegerakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam parti terbesar orang Melayu itu. Ketua Pemuda...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

KUALA LUMPUR: Majikan boleh mendaftar permohonon pekerja mereka untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus bermula 14 Disember, 2020, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP berkata pendaftaran permohonan itu hanya boleh dilakukan melalui portal i-Akaun (Majikan).

“Ini adalah selaras dengan langkah KWSP untuk memastikan penjarakan fizikal dipatuhi serta mengurangkan interaksi secara bersemuka untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Dalam tempoh ini, kehadiran majikan di cawangan KWSP adalah terbatas manakala aktiviti lawatan pegawai KWSP ke premis majikan akan dihadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP berkata majikan hanya boleh hadir ke cawangannya untuk tujuan pendaftaran majikan dengan membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu).

Menurutnya, pembayaran caruman bulanan KWSP serta caj lewat bayar dan dividen boleh dibuat melalui saluran i-Akaun (Majikan), perbankan internet, dan kaunter ejen bank yang dilantik.

Bagi urusan lain, termasuk khidmat nasihat berkaitan majikan dan pengurusan akaun majikan, para majikan boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat nasihat majikan yang ditugaskan kepada syarikat masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, majikan boleh menghubungi pusat pengurusan perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan