Redmi Watch, Jam Pintar Dengan Skrin 1.43 Inci, 7 Mod Sukan Diumumkan

- Advertisement -

Xiaomi telah melancarkan jam pintar dibawah jenama Redmi iaitu Redmi Watch yang dilancarkan bersama siri smartphone Redmi Note 9. Jam pintar ini menawarkan skrin LCD bersaiz 1.43 inci dengan lebih 120 jenis muka jam serta 24 jam pemantau kadar denyutan nadi.

Antara fungsi lain yang boleh dilakukan Redmi Watch termasuk mengukur kadar jantung automatik, denyut jantung masa nyata 24-jam, pengesanan tidur, penjejak langkah, pemantau kalori, penjejak jarak, peringatan sedentari dan sebagainya. Untuk mod sukan pula, Redmi Watch mampu memantau aktiviti seperti berlari, berbasikal, berenang, dan sebagainya.

Redmi Watch Malaysia

Redmi Watch juga memiliki ciri-ciri kalis air dengan kedalaman 50 meter untuk tekanan 5 ATM. Peranti ini juga menyokong fungsi NFC untuk pembayaran, fungsi notifikasi serta bateri 230 mAh dengan jangka hayat sehingga 7 hari untuk penggunaan biasa dan sehingga 12 hari untuk mod penjimatan bateri.

Redmi Watch boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk Elegant Black, Ink Blue dan Ivory White dengan pelbagai pilihan warna untuk tali. Ia akan mula dijual di China bermula Disember ini dengan harga 269 Yuan atau bersamaan sekitar RM199.

MesraMobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat