Anwar beritahu Trump Palestin harus selamat, merdeka berdaulat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza, yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

“Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat.

“Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut bersyukur pertemuan Trump berlangsung dalam suasana yang terbuka, jujur dan produktif.

Ujar beliau, ia memperkukuh keyakinan bersama terhadap peranan Malaysia sebagai rakan yang berprinsip, konstruktif dan berwibawa dalam membina keamanan serta kemakmuran serantau.

Selain itu kata Anwar lagi, Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan satu pencapaian bersejarah yang menyerlahkan peranan Malaysia sebagai pemangkin diplomasi damai ASEAN serta lambang kesepaduan rantau dalam menjunjung keamanan dan kestabilan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat