BN Selangor Fokus 10 Kerusi Parlimen – Noh Omar

- Advertisement -

KUALA SELANGOR – Barisan Nasional (BN) Selangor memfokuskan kepada 10 kerusi Parlimen tumpuan dalam menyumbang kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kerusi tersebut adalah kebanyakan pengundi terdiri daripada majoriti Melayu khususnya ditandingi calon UMNO.

Katanya, rakyat sudah boleh membezakan di antara isu 2018 dan pilihan raya yang sedang dihadapi ini.

“Kita fokus 10 kerusi Parlimen dan bagi saya kalau dapat tujuh pun sudah cukup baik.

“Saya rasa suasana berbeza. Kalau dulu kita boleh nampak..saya dah terasa masa itu mungkin akan berlaku keputusan agak luar biasa..

“Tetapi kali ini berdasarkan respon dan reaksi rakyat dan media sosial, Alhamdulillah, nampak ada sinar dihujung terowong untuk BN kembali memerintah seperti sebelum 2018,” katanya.

Terdahulu beliau meninjau proses baik pulih sebuah rumah di Kampung Tali Air 3, Sungai Burong, Tanjong Karang di sini yang dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Holdings Berhad.

Dalam pada itu, Noh menjelaskan Pakatan Harapan (PH) khususnya ketandusan idea apabila menggunakan modal kempen kitar semula berkaitan rasuah seperti penyamun dan perompak.

“Kalau berkaitan ekonomi, Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ) telah pun jawab.

“Dalam tempoh 22 bulan memerintah, kita lihat ada pemimpin mereka (PH) yang disiasat dan disyaki dalam rasuah serta ada didakwa. Malah, kalau tidak silap saya ada 17 kes berkaitan pemimpin PH didapati NFA ( tiada tindakan lanjut),” tegasnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat