COVID-19: Rusia Sahkan Kematian Tertinggi Pernah Dicatatkan

- Advertisement -

RUSIA melaporkan 320 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban tertinggi pernah dicatatkan.

Pada masa sama, sebanyak 16,550 lagi kes positif disahkan pada Selasa.
Untuk itu, pihak kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka di seluruh negara.

Orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka di tempat sesak seperti dalam pengangkutan awam, teksi, dan lif bermula Rabu.

Selain itu, operasi perniagaan bagi kafe, restoran dan bar pula akan dihadkan sehingga jam 11 malam.

Rusia mempunyai jumlah keempat jangkitan tertinggi dunia dengan lebih daripada 1.5 juta kes disahkan, pada masa sama lebih daripada 26,000 kematian telah direkodkan – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,559FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat