Cuba Langgar Polis, Dua Das Tembakan Terpaksa Dilepaskan

- Advertisement -

SUNGAI SIPUT – Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta dipandu seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Salak Baru, di sini hari ini.

Tindakan itu diambil selepas lelaki terbabit bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaan secara melulu sehingga hampir melanggar seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika serbuan dilakukan di sebuah banglo oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dibantu anggota IPD Sungai Siput.

Katanya, anggota telah mengarahkan lelaki itu yang berada dalam kereta Proton Wira agar turun dari kenderaan namun suspek enggan dan cuba melarikan diri.

“Suspek yang hanya berseorangan di dalam kereta telah bertindak mengundurkan kenderaan itu secara melulu sehingga hampir melanggar seorang anggota.

“Polis kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah tayar bagi menghalang suspek meloloskan diri dan dia akhirnya diberkas kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian selepas kenderaan dipandu terbabas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khaizam, selain suspek, tiga lagi rakan sejenayahnya turut ditahan dalam serbuan di banglo berkenaan bersama 29.1 gram dadah jenis heroin.

Katanya, siasatan mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 40 tahun itu juga mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

“Ujian air kencing ke atas suspek dipercayai pengedar dadah itu juga didapati positif.

“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-K!ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat